(Bertahun menjadi seorang fake )
cerita ini berdasarkan kisah benar yang saya ceritakan semula.Bukan rekaan tapi kisah benar.
seorang budak perempuan tomboy kampung bernama lydia yang tinggal bersama-sama keluarganya.Lydia sewaktu itu berumur 16tahun dan bersekolah di Smk Tambunan ,lydia seorang pelajar sekolah yang baik dan aktif dalam bidang sukan dan sentiasa terpilih menjadi wakil untuk sekolahnya.Di sekolah dia berkelakuan seperti lelaki kerna fisik badanya berotot seperti lelaki.Lydia tidak pernah memberitahu sesiapa apa apa tentangnya di sekolah . Lydia sebenarnya seorang tomboy yang anti lelaki dan tidak pernah menyukai lelaki sama sekali kerana baginya lelaki semua jahat yang hanya tahu menyakiti hati perempuan.Lydia bukanlah seorang murid yang pandai tentang akedemik di sekolahnya namun dia juga orang yang sentiasa kuat berusaha sehingga berjaya.walaupun berkelakuan seperti lelaki lydia berkawan rapat dengan perempuan dan tidak bergaul rapat dengan teman lelaki di sekolahnya.mengapakah lydia boleh menjadi seperti ini? begini ceritanya.. sewaktu Lydia berada di bangku sekolah tadika dia ada mengenali seorang budak perempuan yang bernama lisz mereka sangat rapat sehingga lydia merasa senang dengan lisz.Setiap kali sebelum ibu bapa mereka menjemput untuk pulang lisz dan lydia sentiasa menjadi orang terakhir dan mereka akan bermain bersama sama.Dan apabila ibu lisz datang menjemput mereka akan bersalam dan lisz selalu memeluk dan mencium pipi lydia.Bermula dari sana perasaan lydia berubah tidak memandang lelaki kerana merasa nyaman dengan kelakuan lisz.Namun tidak lama kerana lydia akan dipindahkan ke pra sekolah dan dia terpaksa berpisah dengan lisz lydia sewaktu itu tidak mengatahui apa apa dan hanya menerima kerana semuanya telah diuruskan oleh ibunya.Awalnya lydia sangat sedih namun lama kelamaan dia hanya menerima walaupun perasaan rindunya terhadap lisz sangat berat dia hanya meneruskan hidupnya dengan belajar di sekolah barunya.Tanpa disedari Lydia sudah pun naik ke arah yg lebih tinggi dari pra sekolah dan naik ke bangku sekolah rendah iaitu tahun 1. Persekolahannya di tahun 1 juga berjalan dengan seperti biasa namun padapabila lydia naik ke tahun 3 ada perkara tanpa diduga telah berlaku.Lydia telah jatuh cinta dengan seorang budak perempuan sekelasnya yang bernama zana kerna perwatakan zana seakan lisz membuatkan lydia suka dengan zana.Lydia berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa tapi dia tidak tahan dan memberi tahu kawan rapat zana untuk memberitahu yang dia suka dengan zana . Lydia malah diketawakan oleh kawan zana dan berfikir lydia hanya bergurau untuk itu.Lydia hanya dapat berdiam diri dan berpura pura ketawa.(Bersambung..)