Semua penerbitan dari Mawar Merah . Kulim , Malaysia

Publications
https://avalanches.com/my/petaling_jaya_seperti_seekor_ramarama_yang_cantik_sayapnya_namun_hakikat_di_dalam_j1351473_21_02_2021
  • Seperti seekor rama-rama yang cantik sayapnya namun hakikat di dalam jiwa dan jasad rama-rama itu mengandungi racun yang tidak siapa tahu. Begitulah kehidupan yang perlu dilalui oleh seorang insan yang bergelar seorang isteri dan seorang ibu. .Ya. Di dalam kehidupannya, semua orang melihat kebahagiaan yang dia kecapi namun siapa tahu, di sebalik kebahagian itu, tersimpan seribu satu rasa dan perasaan yang hanya Tuhan sahaja tahu. Berat untuk diungkapkan dengan kata-kata, hanya doa dan redha sahaja mampu dizahirkan didalam hati tatkala jiwa makin lemah dan tidak bersemangat. Bukan mudah untuk dia menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.Hanya berbekalkan secebis iman di dada dan dorongan dari insan-insan yang tersayang, dapatlah dia menarik nafas lega seketika. Namun, adakalanya mereka tidak mampu untuk memahami dan menyelami kehendak hatinya sehingga menyebabkan hatinya remuk dan kecewa. Mungkin lebih teruk, ada sedikit perbalahan berlaku..namun, ia bukanlah tiket untuk menyebabkan berlakunya perpisahan kerana mereka tahu itulah ujian dan dugaan yang Tuhan berikan kepada mereka yang harus mereka tempuhi bersama.
Show more
0
25
Show more