Semua penerbitan dari zunaidahjun . Kuala Lumpur , Malaysia

Publications
https://avalanches.com/my/kuala_lumpur_pedagogi_pendidikan_dan_asuhan_awal_kanak_kanak_1415856_12_03_2021
https://avalanches.com/my/kuala_lumpur_pedagogi_pendidikan_dan_asuhan_awal_kanak_kanak_1415856_12_03_2021
https://avalanches.com/my/kuala_lumpur_pedagogi_pendidikan_dan_asuhan_awal_kanak_kanak_1415856_12_03_2021
https://avalanches.com/my/kuala_lumpur_pedagogi_pendidikan_dan_asuhan_awal_kanak_kanak_1415856_12_03_2021
https://avalanches.com/my/kuala_lumpur_pedagogi_pendidikan_dan_asuhan_awal_kanak_kanak_1415856_12_03_2021

Pedagogi Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak kanak


Pengenalan


Bagi seseorang yang baru menjejakan kaki dalam arena perguruan, ramai guru yang berpengalaman. konsep pendekatan , kaedah serta teknik pengajaran yang sangat sukar untuk dibezakan . Memandangkan kepentingan kaedah pengajaran dan pembelajaran , maka kajian ini bertujuan untuk meninjau cara katau kaedah pembelajaran kanak kanak seperti pembelajaran koperatif, secara bermain , kontruktual dan banyak lagi. Selain itu juga ia bertujuan untuk mengenalpasti sama ada cara atau kaedah tersebut akan berkesan bagi pembelajaran bagi kanak kanak

Untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut bermakna, seseorang guru perlu memiliki ilmu pedagogi yang amat baik. Seseorang guru perlu menguasai pedagogi kerana pedagogi membantu guru memahami prinsip prinsip pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, guru akan lebih mudah memilih kaedah pembelajaran yang sesuai dengan tahap penerimaan kanak kanak. Contohnya guru telah sedia maklum bahawa kemampuan kanaka kanak sejauh mana jadi dengan pedagogi memudahkan guru merancang pengajaran harian dengan lebih baik


Pengertian Pedagogi


Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar..

.

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan itu mestilah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pembelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan, guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.


Pendekatan Koperatif


Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama ia juga merupakan satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.bermaksud bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah. Sasaran utamanya adalah menuju kepada tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah Saling bergantung antara satu sama lain secara positif, Saling berinteraksi secara bersemuka, Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, .Kemahiran koperatif, dan Pemprosesan kumpulan


Pendekatan koperatif ini merupakan program yang berstruktur yang menekankan penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat. Pendekatan pembelajaran koperatif memerlukan murid bekerjasama ke atas setiap satu ahli dalam kumpulannya. Kaedah ini mensasarkan matlamat dan pencapaian kumpulan yang hanya dapat dicapai jikalau semua ahli dalam kumpulan itu belajar semua objektif yang diajar. Selain itu ia merupakan satu proses membantu kanak-kanak lain berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang khusus atau mendapatkan hasil akhir yang berkaitan dengan isi kandungan pembelajaran. Pembelejaran kopertif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu pasukan yang lebih berkesan. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan kanak kanak yang akan membuat.


Terdapat beberapa kritiria yang perlu dijadikan panduan untuk melaksanakan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kanak kanak mengetahui objektif pembelajaran yang lebih jelas, sikap positif di kalangan ahli kumpulan untuk mencapai objektif pembelajaran, selain itu juga, arahan yang lebih jelas dalam memberikan tugasan yang perlu dilaksanakan, memberi peluang yang saksama dikalangan agli kumpulan dan apa yang paling penting ialah sikap kerjasama dikalangan ahli kumpulan dan saling bergantungan antara satu sama yang lain

Pendekatan Deduktif

Di sekolah guru mengajar murid menaakul secara deduktif dan induktif. Dari segi penaakulan deduktif , guru sering mengajukan kepada murid dengan peraturan am dan membantu mereka mengenal pasti contoh dan mengaplikasikan peraturan tadi. Dalam hal ini, dalam mata pelajaran kemahiran hidup pun boleh dilaksanakan penaakulan seperti guru ingin murid menyatakan apakah yang perlu kamu pakai untuk berkebun. Pelajar akan menyatakannya serta memberi contoh dan berupaya pula mengaplikasikannya apabila hendak berkebun. Ringkasnya prestasi murid selepas memberi contoh itu membawa kepada inferens bahawa murid telah menemui peraturan yang perlu untuk menyelesaikan dan peraturan ini boleh digeneralisasikan kepada situasi baru yang mempunyai kaitan yang sama.Aktiviti pembelajaran koperatif sangat membantu kanak kanak dalam menjana kemahiran 4C kanak kanak.murid akan berkomunikasi, berfikiran kiritis dan kreatif, serta kolaboratif yang mana boleh bekerjasama dalam menyumbangkan idea

Pendekatan Bermain Sambil Belajar

Aktiviti pembelajaran kanak-kanak pada hari ini lebih banyak didorong oleh faktor persekitaran dan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah yang lebih seronok. Namun, pedagogi berasaskan bermain selalu disalah ertikan dalam aspek penerokaan ilmu untuk kanak-kanak yang dianggap tidak menekankan aspek akademik dalam pembelajaran. Hal ini kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan pendedahan terhadap kepentingan pelaksanaan kaedah ini dalam aspek perkembangan pembelajaran kanak-kanak.

Kebanyakan ibu bapa pada masa kini hanya memikirkan tentang pencapaian akademik kanak-kanak kerana aspek kejayaan hanya perlu dipandang dari sudut gred bukan dari sudut afektif, kemahiran dan nilai yang diperolehi oleh seseorang kanak-kanak itu sendiri. Permintaan ibu bapa memaksa guru mengenepikan pedagogi berasaskan bermain diprasekolah (Nicolopoulou, 2010). Desakan ini menyebabkan timbulnya fahaman yang salah dalam aspek pembelajaran kanak-kanak dalam konsep penerokaan ilmu berdasarkan hak bermain yang perlu ditekankan dalam peringkat umur kanak-kanak yang berada di prasekolah.

Bermain ataupun permainan ialah fitrah bagi kanak-kanak. Oleh kerana itu,aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi akan lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar dan lebih memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang gembira dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya bahawa aktiviti bermain dapat merangsang fungsi otak yang mana dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan juga soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. Tranformasi kurikulum pendidikan prasekolah melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 menekankan kemahiran bahasa. Fokus utama proses pengajaran dan pembelajaran ialah berpusatkan kanak-kanak, menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.

Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan boleh mempertingkat kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yang dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah bena

Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.Kemahiran dan pengetahuan kanak kanak akan berkembang dengan lebih baik apabila terlibat dengan aktiviti bermain dan berkongsi dengan rakan rakan yang lain dan disokong oleh orang dewasa. Disamping itu juga, kanak kanak dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka dalam persekitaran yang bermakna. Lantaran itu, aktiviti atau pedagogi berasaskan bermain yang diaplikasikan secara berstruktur dikatakan dapat membantu meningkatkan kemahiran kognitif, sosial, berupaya dan dapat menjana pemikiran kreatif, serta meningkatkan motivasi serta tumpuan kanak-kanak. Oleh itu, pedagogi berasaskan bermain di peringkat prasekolah perlu diperkasakan dalam membentuk daya saing kanak-kanak dari segi pengetahuan dan kemahiran.


Pembelajaran secara kontruktual

Pembelajaran kontruktual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pembelajaran dengan pengalaman individu kanak-kanak, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan secara konkrit dan kuat yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.

Kontruktual merupakan konsep belajar yang menganggap kanak kanak akan belajar lebih baik jika lingkungan diciptakan secara ilmiah yang mana bermaksud belajar akan lebih bermakna dan lebih memahami sekiranya mereka berkerja dan mengalami sendiri apa yang mereka pelajari di sekolah. Bukan sekadar memahami tetapi rasa lebih bermakna

Pembelajaran hanya berlaku apabila kanak kanak dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara bermakna dalam rangka minda mereka. Yang mana, kanak kanak mempuyai pengetahuan sedia ada dan ditambah dengan pengetahuan yang baru. Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat yang disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Konteks yang pelbagai seperti budaya, fizikal, psikologi dan sosial.

Penekanan perlu diberikan kepada pelbagai persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja , dan kehidupan harian. Kebanyakan kanak kanak akan belajar dengan lebih berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands on dan peluang untuk penemuan kendiri. Selain itu, melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan , berkongsi maklumat, saling membantu, dan maklum balas yang positif.


Show more
0
700
Show more